PUTRAJAYA : Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang baharu diwujudkan.
Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media khas di Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.
Saifuddin berkata, Hazani menjadi ketua pengarah pertama kerana bertanggungjawab menubuhkan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
“Beliau juga dipilih atas kecemerlangan dan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada tahun 2020,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata, Hazani dipilih berdasarkan pengalaman luas selama 37 tahun dalam bidang keselamatan dan ketenteraman negara serta penguatkuasaan dan kawalan undang-undang.
Hazani juga akan bertanggungjawab memastikan MCBA mencapai visi, misi dan objektif menerusi pelaksanaan fungsi berdasarkan Akta Tubuh MCBA serta dasar kerajaan berkaitan.
“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Januari lalu bersetuju menubuhkan MCBA dan pengoperasiannya pula akan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“MCBA adalah agensi kerajaan barisan hadapan di pintu-pintu masuk negara termasuk pelabuhan dan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan sempadan dan pemeriksaan secara bersepadu di pintu masuk darat, laut dan udara termasuk pelabuhan.
“Secara umumnya MCBA berperanan menguat kuasa undang-undang mengawal kebolehterimaan (keluar dan masuk orang, barangan, kenderaan dan kargo di pintu masuk negara,” katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution memaklumkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menunggu keputusan mahkamah terhadap seorang pemimpin pembangkang Bangladesh, MA Quayum.
Justeru itu, beliau berkata, JIM tidak akan membebaskan beliau sehingga mahkamah membuat keputusan.
“Jabatan Imigresen akan akur dan patuh dengan keputusan mahkamah di mana pendengaran akan dibuat 5 April depan.
“Saya sudah menghubungi peguam Quayum bahawa JIM akan patuh proses mahkamah sehingga keputusan dibuat mengenai status beliau,” katanya lagi.
JIM hari ini memberi persetujuan kepada permohonan dikemukakan di mahkamah untuk tidak mengusir Quayum.
Persetujuan JIM itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi melalui aku janji diberikan wakil dari Jabatan Undang-undang JIM, timbalan pendakwa raya, Nor Amalina Ismail.
Sebelum itu, peguam Quayum, Edmund Bon memohon aku janji berkenaan bagi membolehkan mereka menunggu keputusan permohonan habeas corpus ahli politik terbabit yang dijadual untuk didengar pada 5 April ini.
Astro Awani
Wed Jan 31 2024
Hazani dipilih berdasarkan pengalaman luas selama 37 tahun dalam bidang keselamatan dan ketenteraman negara serta penguatkuasaan dan kawalan undang-undang. - Gambar fail/BERNAMA
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.